..:: LoVeLy FoLlOwErS ::..

Thursday, May 24, 2012

BB ~~

kita nak ini..
sejak dua menjak ni, tetiba rasa nak kai BB..
mungkin sebab dah mula rasa FOBIA touch tu da menyerang semula dalam hati..
terus jadi macam ni...
asal buka internet, BB yang aku tengok..
asal buka je, BB..
nak tidur pn, BB..
haha ~~

p/s : ADA SAPE2 NAK BELANJA BB KT SY ??TERINGIN...UNTUNG LAR KALAU ADA~~


Wednesday, February 1, 2012

kasut getah.

wangi.
cantik.
smart.
bersih.
* gambar tidak boleh diupload kerana tersangatlah cantik *

Ini lah kasut dakjus. digunakan semasa dakjus mengutip getah skrap dengan abah dan angah pg td. Senarai di atas tu adalah keadaan kasut dakjus selepas mengutip. sangat-sangat wangi. wangi duit tau ! hahaha.

Kasut dakjus ni sebenarnya kasut sport yang dakjus beli semasa Latihan Industri satu masa dahulu. Sama-sama 'shopping' dengan housemate dan merangkap rumate dakjus semasa mengaji di POLISAS. Perancangannya nak bawak balik UUM semester baru ni sebab dakjus terlupa nak angkut kasut tu semester lepas. Sudahnya, angah dan abah gunakan kasut dakjus tu jadi KASUT GETAH..dah terlepas hajat nak bawa balik UUM. haha.

Seronok juga sekali sekala tolong abah kutip getah. Semua ni pengalaman yang mungkin tak pernah dirasai oleh segelintir remaja sekarang. Sekurang-kurangnya dakjus tahu macam mana abah dakjus cari duit untuk menampung belanja harian. Kalau bergantung sepenuhnya sebagai peneroka FELDA, memang tak cukup makan. Walaupun FELDA banyak faedahnya, kadang-kadang dapat bonus tahunan, caruman hari raya, dan macam-macam lagi, tapi sebagai manusia, kehendak dan keperluan berbeza. Jadi untuk kehendak dan keperluan tu, kena cari pendapatan lain untuk tampung belanja bulanan.

eh eh ! apa la si dakjus membebel tu.
maaf lah.
ingat nak tulis hal KASUT GETAH je.
tapi melalut hal lain.
itulah. kadang-kadang bila menaip ni, tak sedar.haha

p/s : holiday mood !
dakjus di rumah pahang sekarang.
menghabiskan sisa-sisa cuti di sini.
dan menenangkan otak yang dah penat di'push' semasa exam hari tu.
nanti dakjus update lagi. 
bye!

Monday, January 16, 2012

welcome new blogger ~~

SELAMAT DATANG !

diucapkan kepada blogger baru kita, (naktahukliksini) !
blogger baru ni, rumate dakjus bg sesi pertama 2011/2012.
next sem, tak tahu lagi kami masih bersama atau tidak.
anyway, nice to meet you!
* yang tinggi tu, rumate dakjus!
*y comel tu, dakjus!
haha.

untuk kamu,
permulaan.
bermula dengan menulis.
selepas ini, kamu berhias lah..haha.
gudluck tau! hias cantik-cantik tau !
kamu cuba la.
 

Saturday, January 14, 2012

chatbox !

kenapa chatbox comel dakjus di sebelah kanan blog usang dakjus tidak berfungsi ?
adoi ! 
dah tak boleh bercit cat dengan pelawat blog dakjus !
it's ok la.
ada masa dakjus buat lain la chatbox tu.


p/s : masih dalam mood study.
bye !

Friday, January 13, 2012

~ alhamdulillah ~

ALHAMDULILLAH.

empat paper dah berlalu.
last week dua subjek and today, dua subjek.
kedua-duanya, alhamdulillah.

boleh jawab ?
hanya boleh cakap ALHAMDULILLAH sahaja.
sebab?
soalan bagi dua subjek tak susah.
boleh jawab, ALHAMDULILLAH.
tapi..
maklumlah, usaha tu dah ada, ikhtiar di 'medan' peperiksaan pun sudah.
sekarang, tawakal. InsyaAllah.

sudah mencuba yang terbaik.

p/s : buat pertama kalinya, dakjus rasa berdebar sebelum masuk dewan !
mungkin sebab pertama kali jawab exam 2 subjek 1 hari.
sebelum ni, SPM je pernah jawab 2 subjek untuk satu hari :D

Tuesday, January 10, 2012

selindung !

salam. 

depan orang, aku senyum. 
depan orang, aku ketawa. 
depan orang, aku bahagia. 
betul ke itu aku? 
~sedih~

orang tak tahu. 
orang tak perlu tahu. 
orang tak perlu ambil tahu. 
~orang tahu~

kerana aku juga tak mahu, mereka tahu. 
cukup aku seorang yang tahu. 
apa yang tidak sepatutnya mereka tahu. 
kerana mereka tahu apa yang mereka ada,aku tidak ada. 
hargailah apa yang kamu ada.

p/s : kasih KAMU.
kian teringatkan KAMU.
maaf.
masih lagi tiada kekuatan untuk berhadapan dengan KAMU.

Tuesday, December 27, 2011

TINGGALKAN!


SALAM kalian..xnak bebel panjang2 pun juz nk gtau, sape2 baru atau akan  FOLLOW blog usang dakjus ni, sila tglkan JEJAK korang tau ! when u say u da follow dakjus lam chatbox, sila tglkan jejak supaya dakjus boleh follow korang semula . ini kerana dakjus xdapat follow korang sebab dakjus xdapat nk jejak korang tanpa link korang..buat mse ni dakjus xkan update apa2..tgu semua nya dah setel, bru dakjus akan menghadap muka blog ni..jgn lupa tau ! TINGGAL JEJAK anda.