..:: LoVeLy FoLlOwErS ::..

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 1, 2012

kasut getah.

wangi.
cantik.
smart.
bersih.
* gambar tidak boleh diupload kerana tersangatlah cantik *

Ini lah kasut dakjus. digunakan semasa dakjus mengutip getah skrap dengan abah dan angah pg td. Senarai di atas tu adalah keadaan kasut dakjus selepas mengutip. sangat-sangat wangi. wangi duit tau ! hahaha.

Kasut dakjus ni sebenarnya kasut sport yang dakjus beli semasa Latihan Industri satu masa dahulu. Sama-sama 'shopping' dengan housemate dan merangkap rumate dakjus semasa mengaji di POLISAS. Perancangannya nak bawak balik UUM semester baru ni sebab dakjus terlupa nak angkut kasut tu semester lepas. Sudahnya, angah dan abah gunakan kasut dakjus tu jadi KASUT GETAH..dah terlepas hajat nak bawa balik UUM. haha.

Seronok juga sekali sekala tolong abah kutip getah. Semua ni pengalaman yang mungkin tak pernah dirasai oleh segelintir remaja sekarang. Sekurang-kurangnya dakjus tahu macam mana abah dakjus cari duit untuk menampung belanja harian. Kalau bergantung sepenuhnya sebagai peneroka FELDA, memang tak cukup makan. Walaupun FELDA banyak faedahnya, kadang-kadang dapat bonus tahunan, caruman hari raya, dan macam-macam lagi, tapi sebagai manusia, kehendak dan keperluan berbeza. Jadi untuk kehendak dan keperluan tu, kena cari pendapatan lain untuk tampung belanja bulanan.

eh eh ! apa la si dakjus membebel tu.
maaf lah.
ingat nak tulis hal KASUT GETAH je.
tapi melalut hal lain.
itulah. kadang-kadang bila menaip ni, tak sedar.haha

p/s : holiday mood !
dakjus di rumah pahang sekarang.
menghabiskan sisa-sisa cuti di sini.
dan menenangkan otak yang dah penat di'push' semasa exam hari tu.
nanti dakjus update lagi. 
bye!

3 comments:

- musafir. - said...

tahniah la sebab merase jugak ye bau "wangi" getah skrap.

Unknown said...

nice... :)

Anonymous said...

Assalamualaikum...