..:: LoVeLy FoLlOwErS ::..

Tuesday, August 14, 2012

kalau masa boleh diputar semula ~~

huishh ! usang nya blog ni ! da b'sawang sini sana..jelas sangat yang aku da lama xmencoret lam page ni..mang aku akui, semester baru ni agak busy ckit ( sje nk cover, cz aku ni lau menghadap laptop, alamatny xjalan la keje aku ! :D )

tajuk kali ni, Kalau Masa BOLEH di Putar Semula...
kalau boleh putar semula, aku nak putar..
putar 5 tahun sebelum ni...
dalam 5 tahun ni,
kalau boleh putar,
aku nak ubah semuanya..
aku nak tukar semuanya..
supaya aku rasa bahagia kini..
aku tak nak rasa,
sedih, terkilan, cemburu, dan semuanya..
melihat mereka, orang2 y berada dengan ku sepanjang 5 tahun ni..
mereka datang dan pergi,
datang dan pergi..
tinggalkan banyak kenangan...
dan kalau aku boleh putarkan,
mungkin aku masih dapat bersama dengan orang yang selama ni telah membesarkan ku.

tp, bila difikir2 kan..
kalau masa TIDAK diputarkan,
aku takkan dapat kecapi apa yang aku kecapi sekarang..
lihat !
aku dapat jejakkan kaki aku di menara gading, ALHAMDULILLAH !
aku dapat kenal dan menyelam hati budi sorang insan yang sangat memahami aku,
sanggup bersabar dengan ku..
selama hampir 3 tahun, dia melayan ku..mendengar isi hati ku,
terima kasih EN. MOHD KHAIRUL AZHAR ;)

walau apa pn, aku kena hadapi..
yang lepas, jdikan penguat diri untuk terus berdiri bagi masa yang akan datang..
mereka yang datang dan pergi dalam hidup, lepaskan lah..
redhakan apa yang berlaku,
maafkan apa yang pernah mereka guriskan..
buang lah jauh2 mereka yang pernah hadir..
supaya diri ni boleh terus melangkah tanpa bayangan lepas..

benar, aku insan lemah..
kadang2 apa yang aku katakan, x seperti yang dikatakan..
untuk lakukan, ia nya sangat berat,
tapi berbalik kepada dunia nyata,
aku sudah ada segalanya..
dan terus berdoa, moga apa yang aku miliki, terus menjadi milikku..AMIN.



No comments: